Friday, December 11, 2009

Siswa Siswi PERSADA Jadi Tumpuan


Mahasiswa kini sudah dilihat sebagai satu aset yang penting dalam meneruskan kepimpinan Negara akan datang. Sejak akta 16 dalam akta universiti kolej universiti (AUKU) dipinda, pelbagai pihak NGO mengambil peluang ini untuk melibatkan mahasiswa secara aktif dengan aktiviti luar kampus yang dapat menambah kemahiran dan pengalaman pelajar-pelajar universiti.

Ada berita gembira untuk siswa-siswi PERSADA yang bakal diraikan dalam Karnival Iktiraf pada 18-20 Disember 2009. Cetusan idea dari FELDA mensasarkan siswa-siswi PERSADA sebagai tumpuan utama disamping seluruh warga felda yang lain di Pahang. Dengan tema Transformasi Bangsa dan 5 komponen utama yang dibawakan di dalam karnival ini, ia dilihat amat sesuai untuk mendidik mahasiswa tentang negeri Pahang dan felda itu sendiri. Salah satu komponen yang melibatkan mahasiswa secara terus ialah Konvensyen Persada.

Pandangan pendidik, karnival ini sangat bagus dari sudut keterlibatan mahasiswa di dalam karnival ini. Ia dapat mendidik mahasiswa secara terus tentang FELDA selain dapat mengumpulkan ahli PERSADA seluruh IPT. Konvensyen besar-besaran mahasiswa persada ini telah memberi idea kepada mahasiswa untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih besar skop dan gagasannya selain aktiviti yang selalu dilakukan di dalam kampus masing-masing. Selain itu, didikan dari karnival ini dapat membuka mata mahasiswa untuk terus mencurah bakti terhadap negeri masing-masing selepas tamat pengajian.

Paling menarik ialah mahasiswa PERSADA tidak perlu bersusah payah untuk merangka dan melaksanakan konvensyen tersebut, pihak FELDA telah menyediakan platform tersebut untuk mahasiswa mencurah idea. Melalui maklumat yang diperoleh daripada Sakreteriat Karnival Iktiraf di dalam Malaysia Hari Ini 9-12-09, di dalam konvensyen tersebut, mahasiswa akan membuat resolusi dan ia akan dibentangkan di hadapan yang di pertuan agung. Sangat menarik!!!

Walau apa pun persepsi lain yang terlintas di minda pendidik, namun pendidik masih lagi melihat tujuan mendidik mahasiswa sebagai input utama yang mahasiswa akan peroleh. Seruan kepada negeri kelahiran, Selangor dan negeri-negeri lain seluruh Malaysia untuk dapat menganjurkan aktiviti seperti ini, bertambah bagus sekiranya mahasiswa sendiri yang dapat merangka konvensyen yang dapat mengumpulkan seluruh mahasiswa di dalamnya.

Ke Arah Mempromosi Mahasiswa Sebagai Aset Utama Negara

0 comments:

Post a Comment

 

About Me

Sawalliyati Binti Abd Saleh

SK Parit Mahang

SR Agama Integrasi Nurul Huda

SAM Jeram

SAM Tinggi Hisamuddin

Kolej Matrikulasi Kedah

Universiti Sains Malaysia, Induk

Pendidikan Khas

– Major: Penglihatan

– Minor: Sejarah

sawalsaleh@gmail.com - email

sawalliyati abd saleh – facebook

Term of Use