Monday, December 28, 2009

Langkah Baru Bermula


Selamat kembali ke alam kampus untuk semua rakan-rakan dari USM dan semua universiti kat Malaysia nih… 28-12-2009, 11 MUHARRAM 1431H… bermula semester baru untuk pendidik. Semester 4 tahun kedua… ermmm tinggal lagi 4 semester.. nih subjek yg pendidik amik sem nih….





SENARAI KURSUS PELAJAR SEMESTER : 092

HSM116/4 SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE-20
PGT303/3 PENGANTAR PENYELIDIKAN DAN KAJIAN TINDAKAN
PPK222/4 KEMAHIRAN VOKASIONAL DALAM PENDIDIKAN KHAS
PPK311/3 PENDEKATAN PENGAJARAN PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN
PPK313/3 PENDEKATAN PENGAJARAN PELAJAR BERMASALAH PENGLIHATAN
SHE101/2 HUBUNGAN ETNIK
WBM202/2 LATIHAN BANTUAN BULAN SABIT MERAH 2

Bermula sem baru nih seiring dgn tahun baru hijrah, maka semangat pun naik secara mendadak untuk belajar… he3.

Azam sem nih nak manage masa dgn baik dan teratur… dah tak nak buang masa dengan benda-benda yang tak bermanfaat nih…

Tersentak bila mendengar nasihat seorang sahabat mengenai belajar nih… katanya.. ermmm, dalam belajar nih yang paling penting bukanlah nak dapat pointer tinggi semata-mata, pointer tinggi bonus kalau dapat. Tapi yang lebih penting ialah manfaat ilmu dan adab kita dengan pengajar(pensyarah).

Mungkin disebabkan management masa yang haru menyebabkan semua taklifan jadi kucar-kacir. Semoga sem baru nih pendidik dapat mencapai azam untuk mengurus masa dengan baik dan teratur.

Semester Baru Jauh Lebih Baik Dari Semester Lepas
Read rest of entry

Friday, December 11, 2009

Siswa Siswi PERSADA Jadi Tumpuan


Mahasiswa kini sudah dilihat sebagai satu aset yang penting dalam meneruskan kepimpinan Negara akan datang. Sejak akta 16 dalam akta universiti kolej universiti (AUKU) dipinda, pelbagai pihak NGO mengambil peluang ini untuk melibatkan mahasiswa secara aktif dengan aktiviti luar kampus yang dapat menambah kemahiran dan pengalaman pelajar-pelajar universiti.

Ada berita gembira untuk siswa-siswi PERSADA yang bakal diraikan dalam Karnival Iktiraf pada 18-20 Disember 2009. Cetusan idea dari FELDA mensasarkan siswa-siswi PERSADA sebagai tumpuan utama disamping seluruh warga felda yang lain di Pahang. Dengan tema Transformasi Bangsa dan 5 komponen utama yang dibawakan di dalam karnival ini, ia dilihat amat sesuai untuk mendidik mahasiswa tentang negeri Pahang dan felda itu sendiri. Salah satu komponen yang melibatkan mahasiswa secara terus ialah Konvensyen Persada.

Pandangan pendidik, karnival ini sangat bagus dari sudut keterlibatan mahasiswa di dalam karnival ini. Ia dapat mendidik mahasiswa secara terus tentang FELDA selain dapat mengumpulkan ahli PERSADA seluruh IPT. Konvensyen besar-besaran mahasiswa persada ini telah memberi idea kepada mahasiswa untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih besar skop dan gagasannya selain aktiviti yang selalu dilakukan di dalam kampus masing-masing. Selain itu, didikan dari karnival ini dapat membuka mata mahasiswa untuk terus mencurah bakti terhadap negeri masing-masing selepas tamat pengajian.

Paling menarik ialah mahasiswa PERSADA tidak perlu bersusah payah untuk merangka dan melaksanakan konvensyen tersebut, pihak FELDA telah menyediakan platform tersebut untuk mahasiswa mencurah idea. Melalui maklumat yang diperoleh daripada Sakreteriat Karnival Iktiraf di dalam Malaysia Hari Ini 9-12-09, di dalam konvensyen tersebut, mahasiswa akan membuat resolusi dan ia akan dibentangkan di hadapan yang di pertuan agung. Sangat menarik!!!

Walau apa pun persepsi lain yang terlintas di minda pendidik, namun pendidik masih lagi melihat tujuan mendidik mahasiswa sebagai input utama yang mahasiswa akan peroleh. Seruan kepada negeri kelahiran, Selangor dan negeri-negeri lain seluruh Malaysia untuk dapat menganjurkan aktiviti seperti ini, bertambah bagus sekiranya mahasiswa sendiri yang dapat merangka konvensyen yang dapat mengumpulkan seluruh mahasiswa di dalamnya.

Ke Arah Mempromosi Mahasiswa Sebagai Aset Utama Negara
Read rest of entry

Sapaan Salam Dari Pendidik


Idea datang dari kesedaran untuk mendidik pembaca dan penggemar blogger tentang isu semasa dan suasana kampus. Setiap pandangan yang pendidik utarakan merupakan pandang sisi dari pendidik. Penilaian sendiri pembaca mampu menilai dari sudut pandang sendiri. Pendidik merupakan nama panggilan penulis.

Harapan pendidik, pembaca mampu membuat penilaian sendiri mengenai isu yang diutarakan. Diharap pembaca akan lebih mengikuti suasana semasa dan kritis terhadap sesuatu yang berlaku. Binalah pandangan dan idea sendiri mengenai sesuatu perkara. Diharap pembaca akan dewasa dengan kefahaman dan penilaian sendiri.

Mendidik Mahasiswa Sampai Jadi Pemimpin
Read rest of entry
 

About Me

Sawalliyati Binti Abd Saleh

SK Parit Mahang

SR Agama Integrasi Nurul Huda

SAM Jeram

SAM Tinggi Hisamuddin

Kolej Matrikulasi Kedah

Universiti Sains Malaysia, Induk

Pendidikan Khas

– Major: Penglihatan

– Minor: Sejarah

sawalsaleh@gmail.com - email

sawalliyati abd saleh – facebook

Term of Use